THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, December 5, 2010

justin bieber

Bieber batal kemunculan kerana insiden ngeri


SAMUEL KOCH dikerumuni beberapa petugas selepas dia terjatuh semasa membuat persembahan lagak ngeri untuk program Wetten Dass di Duesseldorf, Jerman kelmarin.


DUESSELDORF, Jerman - Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber, 16, terpaksa membatalkan kemunculannya pada malam Sabtu lalu dalam program televisyen Wetten Dass di sini apabila seorang peserta rancangan itu cedera parah ketika melakukan persembahan lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.
Bieber melalui laman sosial Twitter menjelaskan kepada peminatnya bahawa dia terpaksa membatalkan kemunculannya kerana peserta rancangan itu, Samuel Koch cedera semasa melakukan aksi melompat lima buah kereta dengan menggunakan kasut spring.
"Saya ingin memberitahu peminat-peminat di Jerman bahawa saya tidak akan berada pada malam ini kerana berlaku sedikit kecelakaan.
"Kami fikir lebih baik ia (kemunculannya) dihentikan sahaja. Tolong doakan kesejahteraan Samuel Koch dan supaya dia sembuh," kata Bieber di laman Twitternya.
Rancangan yang popular di Jerman itu adalah merupakan sebuah rancangan yang memerlukan para pesertanya melakukan sesuatu pencapaian yang tidak dijangka. panel-panel juri yang terdiri daripada selebriti akan menentukan sama ada peserta itu berjaya atau tidak.
Dalam insiden itu, Koch yang merupakan seorang pelajar dan ahli gimnastik berjaya pada lompatan pertama tetapi gagal semasa melompat buat kali kedua.
Koch terjatuh di atas pentas tetapi dia masih sedarkan diri semasa dihantar ke sebuah hospital.
Pengacara, Thomas Gottschalk kemudiannya mengumumkan program itu dibatalkan buat pertama kali sejak dia menjadi hos pada 1987. - Agensi

0 comments: